Home❯News
Utusan Malaysia Corporate Online - Reach Energy, Largest SPAC
KUALA LUMPUR 24 Julai - Syarikat khas pengambilan alih (SPAC), Reach Energy Bhd. (Reach Energy), hari ini melancarkan prospektus untuk tawaran awam permulaannya (IPO), dengan terbitan satu bilion saham pada harga RM0.75 sesaham berserta satu waran boleh cerai percuma untuk setiap satu saham yang diterbitkan.
Peletakan harga itu membolehkan syarikat meraih dana sebanyak RM750 juta, sekali gus menjadikan Reach Energy sebagai SPAC terbesar yang pernah disenaraikan di Bursa Malaysia.
Saham syarikat itu dijangka disenaraikan pada 15 Ogos ini dan diklasifikasikan sebagai patuh syariah. Hong Leong Investment Bank Bhd. bertindak selaku penasihat utama, ejen penempatan dan penaja jamin untuk penyenaraian tersebut.
Sebanyak 980 juta daripada satu bilion saham itu diperuntukkan untuk pelabur-pelabur terpilih, manakala baki 20 juta saham lagi tersedia untuk langganan orang awam Malaysia, menurut kenyataan di sini hari ini.
Read Full Article in HTML