Home❯News
Bernama Online - Reach Energy Lantik Penasihat Kewangan, Undang-undang Untuk QA
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Reach Energy Bhd telah melantik BNP Paribas Capital (Malaysia) Sdn Bhd (BNPP) sebagai Penasihat Kewangan Antarabangsa berkaitan Perolehan Kelayakan (QA).
Reach Energy, Syarikat Perolehan Tujuan Khas minyak dan gas keempat terbesar, disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.
Satu makluman kepada Bursa Malaysia menjelaskan skop kerja BNPP, termasuk peranan sebagai penasihat dan sokongan kepada Reach Energy di segi penilaian, penstrukturan dan rundingan berkaitan sasaran QA tertentu.
Reach Energy berkata, SKRINE Advocates & Solicitors (SKRINE) juga telah dicalonkan sebagai penasihat undang-undang bagi penyediaan perkhidmatan guaman dalam transaksi QA.
Peranan SKRINE termasuk memberi nasihat mengenai undang-undang dan keperluan peraturan Malaysia dalam operasi dan kewajipan Reach Energy, tambahnya.
--Bernama
Read Full Article in HTML:
http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=1082812